Thursday, June 4, 2009

Musim Umrah


Sekarang ni musim umrah... ramai yang dah berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat. beberapa orang teman KBL juga dah berangkat ke sana beberapa hari lepas. Semoga lancar semuanya dan dapat menjalankan ibadat dengan sempurna.



KBL memohon kepada pembaca yang akan menunaikan umrah, agar berdoa kepada Allah di hadapan kaabah, semoga semua umat Islam sentiasa dipelihara daripada kejahatan.

KBL juga memohon pembaca berdoa agar penulis blog KisahDuniaLelaki (DL) insaf dengan aktiviti jahat nya dan tidak menyebarkan lagi blog yang berunsur fitnah dan pengaiban ini. semoga Allah memberikannya petunjuk agar tidak lagi hanyut dengan keseronokan dunia gay dan dibuka pintu hatinya untuk bertaubat.

Amin...



P/S: Hidayah tu ibarat pendayung sampan. Jika anda menaiki sampan (dunia) tanpa pendayung, anda akan hanyut dibawa arus air... jika anda diberi pendayung (hidayah) tetapi anda tidak menggunakannya untuk mendayung sampan tersebut, anda tetap akan hanyut juga.

Perubahan Mendadak


Perasan tak? Blog kisahdunialelaki yang jahat tu tiba2 jer dah jadi restricted, hanya orang yang dijemput saja boleh baca blog dia... Hai, dah kepanasan ker sedara DL? Sebelum ni ko gak beriya-iya nak aibkan orang yang tiada kena-mengena dengan ko (mungkin juga orang yang ko dendam sebab dorang reject ko) kat blog secara open access...

Tapi bila KBL buat spy sket, dia dah mula gelabah... Terus tukar blog kepada restricted... Hello, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Henti-henti la buat kerja memfitnah dan mengaibkan orang. Seronok sangat ker mengaibkan orang? Aku harap ko berubah dan insaf sebelum terima balasan Tuhan... Beratus-ratus mangsa teraniaya akibat pengaiban kat blog ko berdoa supaya ko terima pembalasan.



P/S: Mengaibkan = Mengumpat... Seronok ker makan daging orang?

Tuesday, June 2, 2009

Wash Your Hands Too (Parody of Wonder Girl's 'Nobody')

A must-listen parody song about Swine Flu (Virus H1N1) caution...
It's a best humour song for you... :-)

** Forget about KDL for awhile...


Complimentary from: Mr Brown and Gangs



Edisi Siasat @ Blog KisahDuniaLelaki (Part 3)


4) Penulis blog KisahDuniaLelaki (KDL) ialah seorang yang out-of-shape



Bukti:

Merujuk kepada blog KDL yang bertajuk:

Kategori Jantan Yg X Layak Dicintai (Sila Klik)
Tuesday, June 02, 2009

Dalam post ni, KDL ada menyatakan satu perenggan yang menerangkan salah satu kategori jantan yang tak layak dicintai oleh gay:

BERKIRA SOAL BERAT BADAN - kalau korang order burder paling besar + ayam goreng 2 set + kentang goreng + milkshake ... jgn di larang dan di tegur ... tak yah nak cerita pasal lemak ... kolestrol ... sebab kalau korang berkira sangat ... mestilah kalau dah lari shape badan tue ... di tinggalkan nanti .... dia kena terima kita seadanya diri kita .... wahhhh kita ajer yang kena kawal berat badan ...si dia melantak bagai nak kiamat esok nya ... mana boleh

Sesiapa pun (tak kira straight atau gay) tak nak pasangan dia gendut macam tong dram sebab kuat mencekik. Ingat, semua orang sukakan benda yang cantik. Semua orang ada citarasa...

Ayat yang ditulis oleh KDL seolah-olah mengeluh; macam ada pengalaman kena reject sebab badan gemuk gara-gara kuat makan. Kalau KDL seorang yang berbadan fit, mesti dia xkan tulis camtu... Majoriti lelaki berbadan fit atau sederhana mahukan pasangan yang berbadan seperti mereka juga.

Ingat dorang nak dedicate jiwa raga dorang pada orang gemuk kuat mencekik lepas penat lelah jaga badan dengan workout kat gym?

Mungkin KDL marah bila ada orang reject dia sebab dia gemuk dan kemudian tulis post tersebut...

Peringatan: Siapa kamu nak desak orang yang kamu suka untuk terima kamu seadanya?

It's a wake-up call for KDL actually... Pergi la ke gym dan bersenam... Kalau masih suka dengan fizikal out-of-shape tu pun, at least do it for your health... jangan harapkan bulan jatuh ke riba saja. You need to acknowledge that semua orang BERHAK memilih pasangan termasuk orang yang reject ko mentah2...



Konspirasi: Kalau korang baca blogpost terdahulu, aku rasa korang pun boleh buat perhubungan dan kesinambungan cerita.



Monday, June 1, 2009

Udah-udah ler tu...


Sedapnya kita mengutuk, mengumpat orang sebelah! Memang sudah lumrah, manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Orang tua-tua selalu menyebut, "Kerana pulut, santan binasa; merana mulut (berbisa), badan binasa.

"Dalam apa jua urusan tidak kira di pejabat, dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan, kita selalu terdedah kepada dosa kerana sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya.

Seronok ya, kumpul ramai-ramai dan bersembang. Lumrahnya, manusia gemar bersembang, dari hal politik, kewangan, pelajaran, hiburan (rancangan Melodi pun salah satu platform mengumpat, ya!), teman idaman dan macam-macam lagi. Antara sedar dengan tidak sedar atau lebih kepada buat-buat tidak sedar, dalam sembang-sembang, seringkali brek mulut tak makan dan terbabas masuk bab mengata orang. Orang itu beginilah, begitulah, seolah-olah semuanya serba tidak kena dengan orang yang diumpat tu. Alangkah seronoknya mengaibkan orang lain, syaitan pun seronok mencucuh api, strateginya menjadi! Mengata orang lain,bukan main!! Cuba tgk diri sendiri tu,dah betul sangat ke??

Menjadi juruhebah radio tak rasmi atau internet bergerak, saya kira adalah satu pekerjaan yang tidak beretika. Diingatkan kepada jenis2 manusia macam ni, 'menceritakan aib orang lain untuk menjatuhkan maruah' dan 'menceritakan perihal orang untuk mencari penyelesaian dan pengajaran' adalah dua perkara yang amat berbeza.

Mendedahkan aib orang lain, sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya diumpat. Ia dilakukan untuk keseronokkan dan bertujuan untuk merosakkan nama baik mengaibkan atau menjatuhkan air muka (maruah) atau merendahkan martabat orang yang diumpat pada padangan umum. (jgn mencari alasan nak bagi pengajaran pada orang tersebut kalau rasa2 termasuk dalam kategori ni ye..)

Berkongsi hal-ehwal demi mencari penyelesaian, tidak ada niat untuk merendahkan martabat orang itu hatta menjatuhkan maruahnya di hadapan orang yang mendengar. Selalunya berkata sebegini tidak akan dihebahkan kepada orang sebarangan, mungkin beberapa orang yang diyakini dapat menberi pandangan/penyelesaian.

Pendek kata, yang pertama adalah "mengumpat", dan yang ke dua itu pula "sendiri mau ingat".Ingat,

bercakap sesuatu aib seseorang yang benar = mengumpat,

bercakap sesuatu aib seseorang yang tidak benar = menfitnah.

(dipilih2!!!nak dosa yang mana??)

Kita sedang membicarakan perkata # 1 seperti yang dinyatakan di atas. Perkara # 1 amat besar bahayanya kerana ia boleh menjurus kepada FITNAH, yang membawa dosa yang lebih besar. Firman Allah SWT yang bermaksud, "....fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan....." (Surah al-Baqarah, sebahagian ayat 191).

Allah SWT mencela orang yang mengumpat sebagai memakan bangkai, "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati (bangkai)? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hujuraat, ayat 12).

Mengumpat juga amat tercela, seperti yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, "Takutlah ghibah (mengumpat) kerana mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Aduhai... Cuba baca balik hadis di atas... Nampak tak betapa beratnya dosa mengumpat? Dosa mengumpat lebih BURUK daripada dosa zina! Jika kita sedar kita telah mengumpat orang, cepat-cepatlah minta maaf, sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa kita mengumpat orang selagi orang yang diumpat itu tidak memaafkan kita.

Agak mudah (walaupun sebenarnya sukar) jika kita mengenali orang yang kita umpat, tetapi bagaimana pula dengan orang yang kita tidak kenali? Agak-agak bolehkah kita jumpa orang yang kita umpat di yaumil mahsyar nanti? Bagaimana pula penerimaannya? Agak-agak mahukah dia memaafkan kita?

Apa-apapun, berbuat dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya adalah apabila seseorang itu KEKAL dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT.

Istighfar amat dituntut dalam Islam kerana amalan itu boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan, tetapi sayangnya kita sukar sekali mengamalkan istighfar walaupun amat mudah untuk kita lakukan. Natijahnya, bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari, kerana kelalaian dan tabiat suka bertangguh.

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya daripada bencana lidah dan perbuatannya." (Sahih Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka." (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu mulai sekarang, beringatlah. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah SWT, tetapi sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang...

Semoga hidup kita dirahmati Allah SWT. Amiin.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari



Ihsan daripada Hanis Syamimi Che Ab. Karim
http://hanissyamimi.blogspot.com/2009/04/udah-udah-ler-tu.html