Thursday, June 4, 2009

Musim Umrah


Sekarang ni musim umrah... ramai yang dah berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat. beberapa orang teman KBL juga dah berangkat ke sana beberapa hari lepas. Semoga lancar semuanya dan dapat menjalankan ibadat dengan sempurna.



KBL memohon kepada pembaca yang akan menunaikan umrah, agar berdoa kepada Allah di hadapan kaabah, semoga semua umat Islam sentiasa dipelihara daripada kejahatan.

KBL juga memohon pembaca berdoa agar penulis blog KisahDuniaLelaki (DL) insaf dengan aktiviti jahat nya dan tidak menyebarkan lagi blog yang berunsur fitnah dan pengaiban ini. semoga Allah memberikannya petunjuk agar tidak lagi hanyut dengan keseronokan dunia gay dan dibuka pintu hatinya untuk bertaubat.

Amin...



P/S: Hidayah tu ibarat pendayung sampan. Jika anda menaiki sampan (dunia) tanpa pendayung, anda akan hanyut dibawa arus air... jika anda diberi pendayung (hidayah) tetapi anda tidak menggunakannya untuk mendayung sampan tersebut, anda tetap akan hanyut juga.

No comments:

Post a Comment