Sunday, May 31, 2009

Bila dah Melatah...


Ermmm... bila seseorang tu kantoi buat salah dan terkena batang hidung dia sendiri, dia pasti macam cacing kepanasan dan cakap benda yang merapu2 untuk cover diri kononnya tak bersalah... Ini ditujukan khas kepada penulis DL bagi blog dia yang bertajuk Bila Hati dah Busuk (Sila klik) bertarikh 29 May 2009.

KBL bukan nak bergaduh... cuma menyarankan agar DL berhenti berlakon dan lebih baik blog DL tu digunakan untuk menceritakan pasal diri sendiri. Berhentilah memfitnah dan mengaibkan orang lain. semua orang buat kesilapan (termasuk DL dan aku) tapi siapa DL untuk menghakimi?

Blog ini (kisahbloglelaki) hanyalah sebuah saluran untuk menyiasat dan mengenalpasti siapakah blogger kisahdunialelaki yang terlalu inginkan perhatian dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa untuk diabkan dan difitnah.

No comments:

Post a Comment